Tuesday 10 November 2015

Part 4 :Refleksi

Minggu pertama

Alam roh merupakan satu sifat yang baik dan taat pada perintah Allah SWT. Roh manusia telah berjanji pada penciptanya untuk melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala larangannya. Kesimpulannya, manusia perlulah menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah dimuka bumi ini agar mendapat syafaat di akhirat kelak. Kumpul sebanyak mana ibadah agar kita tidak lalai untuk melakonkan watak sebagai manusia yang sifat sementara di bumi ini. 

Minggu kedua

Surah al-hujrat Ayat 12 mengatakan bahawa jauhi diri dari sifat buruk sangka, curiga, mencari kesalahan orang lain dan berperasangka buruk terhadap orang lain. Ia merupakan satu amalan yang keji. Kesimpulannya, kita haruslah menjauhkan diri dari sifat negatif seperti ini kerana perkara ini menjadikan kehidupan porak peranda. Jadilah manusia yang sentiasa positif untuk hidup aman dan harmoni antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan silaturahim.  
Minggu ketiga


Etnik merupakan satu sifat manusia yang ditentukan oleh ciri budaya seperti adat resam, pemakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnisiti pula merupakan etnik tertentu kerana disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama oleh beberapa kelompok. Etnosentrisme pula merupakan kepercayaan atau rasa bangga dengan kaum dan etnik yang mereka miliki malah mereka memandang serong terhadap golongan yang lain.

Minggu keenam

Pluraliti merupakan sifat semula jadi tanpa sebarang paksaan dan fleksibel. Ia terjadi apabila negara kita menjadi pusat kemasyarakatan dan pelembagaan islam di alam melayu. Pluralistik pula merupakan sifat keterpaksaan yang wujud ketika zaman penjajahan. Ia mempengaruhi cara hidup masyarakat zaman kini. Kesimpulannya, kaum melayu mempunyai sifat semangat yang tinggi tetapi setelah dijajah ia telah mengubah corak hidup. 

Minggu ketujuh

Perlembagaan merupakan satu peraturan haj, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain. Ia juga merupakan satu dasar pembentukan kuasa-kuasa awam dalam sesebuah negara untuk menjadikan negara aman dan makmur. Selain itu, ia sebagai sumber undang-undang tertinggi dan berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang di pihak kerajaan atau rakyat. Segala perbincangan akan dikemukakan di parlimen untuk disuarakan dan mencari pendapat antara satu sama lain. Kesepakatan adalah satu cara untuk menjadikan negara aman damai dari berlaku perbalahan.

Minggu kelapan

Beberapa perkara ditubuhkan seperti perkara 3 merupakan agama islam sebagai agama persekutuan dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menjadikan sesebuah negara mempunyai undang-undang tersendiri. Sebarang jenayah telah ditetapkan oleh perlembagaan. Kesimpulannya, setiap kesalahan mempunyai hukuman tersendiri kerana undang-undang ditubuhkan agar negara tidak gagal untuk menjadi sebuah negara aman, damai dan harmoni.

Minggu kesepuluh

Piagam madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Baginda mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan sebuah negara islam yang berdaulat. Ia bukan sahaja membentuk persaudaraan antara ansar dan muhajirin malah antara orang islam dan bukan orang islam. Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara. Sahifah adalah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. Kesimpulan yang saya dapat dari sini adalah kita seharuslah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kerana untuk menjauhkan diri dari sikap zalim dan negatif.

Minggu kesebelas

Modenisasi politik merupakan satu matlamat pembinaan negara bangsa untuk menjadikan masyarakat yang mempunyai nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik. Politik ini adalah untuk membezakan aspek kepercayaan dan agama serta aspek demografi.

Minggu keduabelas

Modenisasi ekonomi merupakan perkembangan negara miskin kearah masyarakat moden. Kemajuan masa kini yang bertitik tolak dengan pembangunan sains dan teknologi yang membawa manusia kini kearah kekayaan. Ekonomi di Malaysia kini semakin meningkat di mana kemajuan zaman teknologi yang serba canggih. Pelbagai perancangan dibuat untuk mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan malaysia sebagai negara maju. 

-aida aflezah 2014343803-

Minggu Pertama.

Roh : Roh bersifat baik, taat, dan ianya sisi yang sangat mulia yang datang dari Allah S.W.T. Sewaktu dia alam roh, semua roh telah berjanji kepada Allah S.W.T iaitu tidak mensyirikkan Allah, hanya Allah sahaja tuhan yang disembah, Allah telah berfirman dalam surah Al-Araf ayat 172,173, 174. 

Selain itu, asas manusia ialah roh. Semua roh dijadikan dengan sifat yang baik, tidak ada satu pun sifat roh yang jahat. Sebagai manusia, jika ada melakukan kesilapan atau kesalahan, manusia tersebut boleh kembali menjadi seorang yang baik kerana pada asalnya dia mempunyai sifat yang baik. Konklusinya, manusia haruslah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya. sentiasa berbuat baik terhadap manusia.


Minggu Kedua.
Surah Al - Hujurat Ayat 12 : Di dalam ayat 12, terdapat beberapa info iaitu, seharusnya jauhi perasaan yang buruk sangka atau berprasangka yang tidak baik kepada orang lain. selain itu, berasa curiga atau mencari-cari kesalahan orang lain. kesimpulannya, kita tidak
 seharusnya ada perasaan yang kurang baik terhadap orang lain bagi mewujudkan suasana 
yang aman dan harmoni.

Minggu Keenam.
Pluraliti : Konsep utama ciri-ciri masyarakat Asia Tenggara ialah Pluraliti. Pluraliti bercirikan semula jadi tanpa paksaan dan fleksibel ianya terjadi apabila negara kita iaitu negeri Melaka menjadi Pusat kemasyarakatan dan Perlembagaan islam di alam melayu. Melaka diasaskan  dengan kedatangan Parameswara, Srivijaya dan lain-lain. Keadaan berubah apabila inggeris menjadikan tanah melayu sebagai tanah jajahan mereka dan seterusnya merubah corak kehidupan masyarakat tanah melayu. Konklusinya, sifat-sifat orang melayu pada ketika itu ialah mempunyai semangat juang yang tinggi, sopan-santun dan beradab, tetapi setelah dijajaah oleh inggeris ianya telah merubah bentuk dan corak kehidupan orang-orang melayu. 

Minggu Ketujuh.
Malayan Union :  Negara kita yang aman dan harmoni ianya hasil daripada susah payah masyarakat tanah melayu pada zaman itu. Pada ketika itu pihak Britain memperkenalkan sistem Jus soli kepada tanah melayu dan ianya mendapat tentangan hebat dari tanah melayu kerana ia menjejaskan hak-hak keistimewaan tanah melayu pada ketika itu. Tetapi penentangan telah dibuat dan diusahakan oleh Dato Onn Jaafar dengan mengumpulkan masyarakat serta orang-orang bijak pandai dan seterusnya membuat tentangan melalui media iaitu surat khabar, radio, televisyen dan lain-lain. Dato Onn Jaafar memujuk raja-raja melayu supaya membatalkan malayan union dan mereka akan sentiasa berdiri teguh dibelakang raja-raja melayu bagi mengembalikan semula hak-hak mereka. ketika itu, pihak Britain mendapat malu kerana gagasan malayan union ditolak dan ditentang oleh orang melayu kerana sebelum ini tanah jajahan mereka tidak pernah membangkang segala aturan mereka. Kesimpulannya, kita seharusnya bangga dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh orang yang terdahulu dan kekalkan semangat cinta akan tanah air.


Minggu Kesepuluh.

Pengubulan perlembagaan serta perjanjian kemerdekaan telah menjadikan tanah melayu bebas dari penjajah seterusnya merapatkan hubungan antara kaum iaitu melayu,cina dan india. jadi, dengan keadaan yang aman dan harmoni dapatlah tanah melayu membangun dengan pesat. semua kaum menjalani hidup dengan adat serta agama mereka.



Minggu kesebelas.
Modenisasi ialah perubahan pembangunan sesebuah kawasa mahupun negara. ianya lebih kepada perkara yang positif iaitu lebih kearah pembangunan ekonomi. selain itu, pembaratan ialah penerapan masuk atau peniruan budaya diambil dari budaya barat. konklusinya, setiap modenisasi yang dilakukan haruslah kearah kebaikkan negara dan masyarakat. 


-aamy-2014380741-



Minggu Pertama.

Roh : Didalam Al Quran telah membahaskan tentang hakikat asal usul manusia yang dimulai dari proses kejadian manusia iaitu dari segumpal darah, dan setelah melewati beberapa tahap dan sempurna kejadiannya, dihembuskan-Nyalah kepadanya roh ciptaan Tuhan.  Roh adalah zat murni yang tinggi, hidup dan hakikatnya berbeza dengan tubuh. tubuh dapat diketahui dengan pancaidera, sedangkan roh menyelusup ke dalam tubuh sebagaimana menyelusupnya air ke dalam bunga, tidak larut dan tidak terpecah-pecah. Untuk memberi kehidupan pada tubuh selama tubuh mampu menerimanya. Sudah lama
 menjadi 'kemsterian' roh menjadi perdebatan dikalangan ulama Islam yang berusaha menrungkai dan membuktikan kebenaranya. Mereka cuba mengupas untuk mendapatkan kepastian tentang hakikat roh.

Minggu Kedua.
Surah Al - Hujurat Ayat 12:


Ringkasan daripada surah Al-Hujurat ayat 12 ini adalah kita sebagai manusia dan sebagai umat Islam seharusnya menjauhkan diri daripada bersangka buruk terhadap sesama manusia dan harus beringat kita ini dibawah atau berada di satu tali pegangan yang sama. Sesungguhnya bersangka buruk terhadap sesama manusia ini akan mendatangkan keburukan pada diri kita. Allah juga sangat murka kepada manusia bersifat begini. Didalam surah ini juga mengajar kita supaya kita tidak mencari kesalahan org lain. Sesungguhnya, manusia itu tidaklah sempurna. Surah ini juga secara tidak langsung mengajar kita supaya sentiasa muhasabah terhadap diri sendiri.


Minggu Keenam.
Pluraliti: Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian. Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarat di alam Melayu. Pluraliti juga bermaksud wujudnya kepelbagaian bangsa agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi seperti masyarakat Melaka. Tetapi realitinya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik yang memiliki keistimewaan wujudnya masyarakat plural yang ketara. Proses pembentukan masyarakat plural adalah berbeza dahulu dengan sekarang. Pembentukannya pada zaman sebelum penjajahan adalah berbeza jika dibandingkan selepas pernjajahan. Faktor perdagangan juga menjadi punca wujud hubungan dua hala diantara cina dan india. Alam 
Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini juga tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

Minggu Ketujuh.
Malayan Union: Kesimpulan yang dapat dirumuskan disini, dengan pembentukan
 Malayan Union telah menyatukan orang melayu untuk bangkit berjuang dalam menentang kuasa asing demi menjaga status quo mereka. Langkah proaktif yang telah dilakukan orang melayu ini telah mendorong British untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu. Demikian itu, hasil daripada rundingan antara dua pihak ini telah membentuk Persatuan Tanah Melayu.

Minggu Kesepuluh.
Piagam madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang di buat oleh Nabi Muhammad SAW. Didalam piagam madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian pertama merupakan 23 fasal tentang perhubungan dan tanggungjawab orang islam sesama islam. Bahagian kedua pula 24 fasal, yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara islam madinah.

Minggu Kesebelas.
Dalam islam, perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, berkerjasama dan saling bantu-membatu antara satu sama lain. Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan. Selain itu, di dalam Islam digalakkan untuk bersedekah. Sedekah merupakan untuk menyucikan diri serta kongsi rezeki sesama manusia.


(Fnabilah, 2014535553)


Minggu Pertama
Wujud manusia sebagai kalifah Allah. Manusia diwujudkan untuk mendapatkan kebahagiaan abadi dan manusia tidak terpisah daripada Allah. Selain itu, manusia dijadikan semula jadi nya baik iaitu bermula dari alam roh lagi.
Selain itu, perbincangan pengajaran ayat dalam surah al-A'raf ayat 172 & 173 dalam menangani masalah prejudis antara kaum dan agama. Tidak seharusnya timbul masalah prejudis ini kerana semua manusia dilahirkan dengan sifat yang baik-baik sahaja.

Minggu Kedua
Perbincangan mendalam bagi surah al-hujrat yang lebih fokus kepada ayat 12 yang membawa maksud iaitu manusia seharusnya menjauhi perasaan buruk sangka atau berprasangka buruk kepada orang lain. selain itu, manusia juga harus menjauhi perasaan curiga atau mencari-cari kesalahan orang lain.

Minggu Keena

Pembentangan daripada kumpulan yang membawa tajuk bab 2 iaitu pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia. Menerangkan sejara pembentukan pluraliti di alam melayu dan masyarakat pluralistik. Pluraliti bercirikan semula jadi tanpa paksaan dan 
fleksibel ianya terjadi apabila negara kita iaitu negeri Melaka menjadi Pusat kemasyarakatan dan Perlembagaan islam di alam melayu. Pluralistik pula bercirikan paksaan dan mewujudkan masyarakat dengan sistem tersendiri kerana gagalnya berasimilasi sesama masyarakat. Bermula dari Kerajaan Srivijaya dan Majapahit sehingga ke zaman Melayu Melaka.

Minggu Ketujuh
Pembentangan daripada kumpulan kami yang membawa tajuk bab 3 iaitu Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Menerangkan secara dalam mengenai perlembagaan di Malaysia iaitu perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.
Selain itu, kumpulan kami menerangkan sejarah penubuhan malayan union iaitu penubuhan malayan union disebabkan atas tujuan menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. selain itu menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri. Dengan pembentukan Malayan Union telah menyatukan orang melayu untuk bangkit berjuang dalam menentang kuasa asing demi menjaga hak mereka. Usaha yang telah dilakukan orang melayu ini telah mendorong British untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu dan telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Minggu Kesepuluh

Pentingnya Piagam Madinah yang berlandaskan al-quran dan sunnah yang menjadi paksi dalam kehidupan kita. Dalam perlembagaan pula, terkandung Perkara 152 iaitu pentingnya bahasa Melayu dan Perkara 153 iaitu hak keistimewaan orang Melayu.

Minggu Kesebelas

Memberi penerangan tentang modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Pembangunan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia. Selain itu, mengingatkan kita bahawa rezeki yang kita miliki sekarang semuanya adalah milik kekal Allah SWT.

(Marina 2014522649)


Minggu Pertama.

Manusia kehidupannya tidak bermula didunia tetapi bermula di alam roh dan berakhir di akhirat. Semua manusia diciptakan Ilahi dengan sifat yang  baik iaitu tidak berdosa mahupun jahat. Allah S.W.T sentiasa membuka ruang untuk manusia memperbaiki kesilapan mereka dan menjadi baik semula.  Sebagai ciptaannya tidak wajar untuk manusia untuk berburuk sangka terhadap ciptaan Allah S.W.T yang lain. Manusia juga harus ingin setiap perbuatan kita diperbuat oleh Allah atau kata erti yang lain, Allah yang menggerakkan manusia untuk melakukan sesuatu.  Sebagai manusia juga kita tidak boleh berburuk sangka terhadap pencipta kita kerana kita diciptakan di dalam keadaan yang hanif (cenderung kepada agama).

Minggu Kedua.

Konklusi perbincangan daripada Surah Al - Hujurat Ayat 12 adalah sebagai manusia dari kalangan orang-orang yang beriman, kita harus menjauhi sikap buruk sangka kerana ianya merupakan sebahagian daripada dosa besar. Ini kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang tidak berasaskan kebenaran. Hal ini juga boleh menjerumus kepada fitnah. Manusia juga harus menghindari diri daripada mengumpat, mencari kesilapan orang lain serta membuka aib orang lain. Kita juga haruslah sentiasa bersangka baik kerana bersangka buruk terhadap manusia lain juga bermaksud bersangka buruk terhadap Allah
 S.W.T.. Sekiranya kita melihat sesuatu perkara atau perbuatan yang secara terang-terangan tidak elok adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur dengan cara yang beerhemah mengikut Islam.

Minggu Keenam.

Plurariti di alam melayu merupakan penyatuan serta perperpaduan antara masyarakat yang lahir secara suka rela tanpa sebarang paksaan  di waktu zaman sebelum penjajahan.  Pluraliti bermula sejak awal pembentukan alam melayu yang bermula di Melaka.  Berbeza dengan pluraliti, pluralistik lebih bersifat paksaan yang wujud akibat kesan sampingan zaman penjajahan. Pluralistik memperngaruhi cara hidup masyarakat melayu masa kini. Nilai-nilai murni seperti bertoleransi, saling bantu-membantu dan perpaduan semakin pudar atas faktor dasar-dasar yang dilaksanakan penjajah.  Ini mengakibatkan perpaduan antara masyarakat menjadi tidak sekuat zaman sebelumnya.  Kata-kata pujangga seperti, “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” semakin sukar di lihat di masa kini. Dikhuatiri penjajahan mungkin berulang kembali.

Minggu Ketujuh.

Perlembagaan merupakan satu sumber undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.  Perlembagaan Malaysia di ketuai oleh empat badan terpenting iaitu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Badan Eksekutif, Badan Kehakiman serta Badan Perundangan. Perlembagaan amat penting untuk memastikan kesejahteraan serta keaamanan sesebuah negara. Tanpa Perlembagaan atau undang-undang yang mampu mengawal keamanan negara, negara tersebut akan menjadi kucar-kacir dan musnah sekiranya setiap individu melakukan sesuatu sesuka hati tanpa memikirkan impikasi atas perbuatan mereka. Selain itu, ketertinggian perlembagaan juga tidak dapat diatasi mana-mana institusi atau undang-undang lain. Sebarang peraturan atau undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal serta-merta.



Minggu Kesepuluh.

Kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dikecapi. Rakyat terdahulu terpaksa mengharungi berbagai dugaan untuk membebaskan tanah melayu dari penjajahan serta untuk memperjuangkan kemerdekaan. Kesan daripada sistem-sistem yang telah diperkenalkan oleh penjajah-penjajah seperti British, Jepun, Portugis dan Belanda telah banyak memberi impak kepada kehidupan penduduk asal tanah melayu serta penduduk-penduduk baru. Temetrainya perjanjian Kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan memberi harapan baru untuk rakyat merasa berdiri di atas kaki sendiri semula. Kemerdekaan juga membuka ruang untuk orang melayu, bumiputera serta kaum cina dan india untuk menjalinkan hubungan perpaduan antara kaum. Hubungan perpaduan yang baik dapat membentuk hubungan persaudaraan dalam konteks saudara satu negara. Hal ini perlu dititikberatkan dan diaplikasikan oleh semua rakyat agar masyarakat Malaysia mampu dikira sebagai satu bangsa yang sama dan bukan bangsa-bangsa berbeza tanpa menghilangkan ciri-ciri istimewa setiap kaum. Kerana ciri-ciri inilah yang menyebabkan Malaysia menadi Malaysia.

Minggu Kesebelas

Modenisasi serta pembaratan merupakan dua perkara yang berbeza dimana modenisasi lebih kepada perubahan pembangunan sesebuah kawasan mahupun negara. Modenisasi selalunya membawa kesan lebih positif dimana ia mampu memberi sumbangan kepada perkembangan sesebuah negara. Contohnya, kemunculan sistem Ultrosound 3D di hospital yang boleh menunjukkan imej bayi di dalam kandungan. Selain itu, kereta api ETS yang menghubungkan Kl Sentral ke KLIA yang mampu memendekkan masa perjalanan untuk ke KLIA. 

Manakala pembaratan pula lebih kepada penerapan masuk atau peniruan budaya di ambil dari budaya barat yang membawa impak negetif terhadap masyarakat sesebuah negara
 serta memberi kesan buruk terhadap nama baik sesebuah negara. Contohnya, perlambakkan premis-premis kelab malam yang menyajikan arak dan dadah, premis perjudian serta rumah-rumah urut yang menawarkan khidmat seks. Di mana premis-premis ini kebanyakannya tidak diselia dan dikawal sehingga orang melayu yang beragama Islam bebas untuk memasukinya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, premis-premis ini harus dipantau dengan lebih kerap untuk mengurangkan gejala negatif seperti ini berleluasa.


UNFN (2014754505)





Minggu Pertama.
Dimana ada kewujudan makhluk disitu ada kewujudan Allah. Kenapa Allah mewujudkan kita (manusia) ?. Ianya untuk memberi ruang untuk mendapat kebahagiaan abadi (syurga) dan manusia tidak mungkin terpisah sengan Tuhan.  Kehidupan manusia sebenarnya bermula di alam roh. Alam roh ialah alam dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangan, Selepas alam roh ialah alam rahim dimana selama 120 berada di dalam rahim dan tidak lagi mengingati segala peristiwa alam roh.
 Minggu Kedua
Perbincangan surah Al-Hujurat ayat 6 - 13. Dimana konklusinya, ayat 6- jangan 'judge' agama orang lain', selidik dulu pucuk pangkal sebelum mengkritik. Ayat 7-Allah mempercintakan manusia yang beriman atau memperhiaskan dengan iman dan memperbencikan kepada kufur, kefasikan dan maksiat. Ayat 8- Sebesar-besar niknat adalah Rasulullah. Ayat 9- Dua orang yang berperang, haruslah didamaikan. Ayat 10- sesungguhnya orang0orang mukmik adalah bersaudara kerana itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Ayat 11- satu 
kaum Jangan memperolok-olokkan, jangan mencela dan jangan bagi gelaran buruk pada satu kaum yang lain. Ayat 12- Jauhi buruk sangka. jangan mencari kesalahan dan jengan mengumpat. Ayat 13- orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antar kamu.

Minggu Keenam.
Pembentangan oleh kumpulan pertama iaitu bab 2. pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia. Pluraliti ialah istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.Pluralistik mempengaruhi cara hidup masyarakat melayu masa kini. Nilai-nilai murni seperti bertoleransi, saling bantu-membantu dan perpaduan semakin pudar atas faktor dasar-dasar yang dilaksanakan penjajah.  Ini mengakibatkan perpaduan antara masyarakat menjadi tidak sekuat zaman sebelumnya.Masyarakat pluralistik bercirikan pemaksaan.


Minggu Ketujuh.
Pembentangan oleh kumpulan kami iaitu bab 3, perlembagaan malaysia dalam konteks hubungan etnik di malaysia. Dalam perlembagaan Malaysia terdapat 4 unsur tradisi iaitu pertama, Bahasa Kebagsaan ialah Bahasa Melayu yang termaktub dalam perkara 152, kedua, Agama Islam adalah agama persekutuan yang termaktub dalam perkara 3, ketiga, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam perkara 153 dan yang terakhir pemerintahan beraja, perkara 38. Dalam perkara 152, tiada siapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain,manakala perkara 3 menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan agama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama. Seterusnya dalam perkara 153,orang melayu dan bumiputra dilindungi oleh Yang Dipertua Agong dalam melaksanakn dasar bagi melindungi kedudukan istimewa mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa , 
pendidikan dan kemudahaan khas lain. Akhirnya, perkara 38, kuasa majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam dan Bahasa Melayu.

-Fatin Hazirah-


MINGGU PERTAMA
Setiap Manusia akan melalui lima alam iaitu Alam roh, Alam rahim, Alam dunia, Alam kubur dan akhir sekali alam akhirat. Kalau ingin perbaiki diri, kenali roh terlebih dahulu. Manusia diwujudkan kerana Allah swt ingin memberi peluang untuk mendapat kebahagiaan yang abadi.
Namun begitu, segala perilaku dan gerak geri manusia tidak mungkin terlepas daripada Tuhan. Kerana Allah swt itu Maha Mendengar dan juga Maha Melihat. Tiada sesiapa pun yang dapat takiwil bahawasanya manusia bergantung sepenuhnya dengan kewujudan Allah swt. 

MINGGU KE 2
Perbezaan antara manusia ialah:
ü  Fizikal
ü  Latar belakang keluarga
ü  Pemakaian
ü  Pemikiran
ü  Pemakanan
ü  Pangkat & Darjat
ü  Selera
ü  Suara
ü  Agama
Kenapa Allah swt jadikan manusia semua berbeza-beza? Hal ini kerana supaya kita lebih kenal antara satu sama lain. Kerana setiap individu itu mempunyai warna warna mereka 
sendiri. Allah swt ingin kita lihat kebesaran dan kekuasaan Allah swt mencipta setiap manusia itu dengan perincin yang cukup indah dan cukup sempurna, tiada cacat celanya.

MINGGU KE 3 
Etnik & Ras.ETNIK merupakan kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri budaya seperti adat resam, pemakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Makala ETNISITI pula ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap, dan tingkahlaku yang sama. Bagaimanapula dengan ETNOSENTRISME? Ia merupakan kepercayaan atau rasa bangga dengan kaum atau etnik yang mereka miliki, Malah, mereka memandang enteng terhadap individu atau kelompok yang lain.

MINGGU KE 6
Apa yang saya pelajari pada minggu tersebut ialah perbezaan antara PLURALITI dan PLURALISTIK. Pluraliti bermaksud wujudnya masyarakat pelbagai bangsa secara semula jadi tanpa paksaan dan fleksibel. Pluraliti budaya di Tanah Melayu merupakan pertemuan dan pertembungan budaya besar dunia yang melahirkan fenomena sosial yang istimewa di Alam Melayu. Berbeza pula dengan pluralistik, ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan.Hal ini terbentuk dek kerana kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.


MINGGU KE 7

Sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dileayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan   inggeris.
2. Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip jus soli
3. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu pemduduk   peribumi tidak memilih apa-apa keistimewaan.
4. Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu yang             
menggunakan cara paksaan dan ugutan.

MINGGU KE 8
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.Piagam Madinah juga dijadikan sebagai panduan untuk membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dan orang bukan Islam terutamanya Yahudi.

-AYLMA ADYLA-



No comments:

Post a Comment