Sesi temu ramah ini diadakan pada 24/10/2015. Perjumpaan ini bertempat di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra di Kuala Lumpur. Temu ramah kami bermula pada jam 11:00 pagi dan berakhir pada jam 1:00 tengah hari. Puan Anzy Tan berasal dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman, berusia 54 tahun dan menganuti agama Buddha. Selain itu, dia mempunyai 4 orang adik beradik dan seorang puteri hasil dari perkahwinannya. Ketika ini, Puan Anzy Tan bekerja sebagai seorang guru yang amat dedikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu Kuala Lumpur.
Sewaktu sesi temu ramah dijalankan, beliau sentiasa memberikan senyuman dan menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh ahli kumpulan kami dengan sabar dan penuh berhemah, antara soalan yang diutarakan ialah bagaimana cara permakaian, budaya, makanan, kepercayaan, upacara perkahwinan atau kematian, hari kebesaran, nilai kemasyarakatan, persamaan budaya dengan kaum melayu, persepsi terhadap agama islam dan banyak lagi.
Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau kerana dia seorang yang peramah, baik hati dan tidak lokek untuk memberikan sebarang informasi atau input yang berguna kepada kami sewaktu menjalankan sesi temu ramah ini.
No comments:
Post a Comment