Keagamaan
sources : Google
Malaysia mempunyai pelbagai agama yang dianuti oleh pelbagai kaum contohnya seperti agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Anisme dan lain-lain. Bagi kaum Cina ada dikalangan mereka yang menganuti agama Kristian atau Buddha tetapi bagi Pn. Anzy Tan yang berasal dari cina luar bandar, beliau menganuti agama Buddha. Pelbagai perkara yang diceritakan contonhnya bagaimana upacara perkahwinan dijalankan, pencarian jodoh apabila ingin berkahwin, pertunangan , nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama mereka dan lain-lain.
Setiap agama menitik beratkan soal nilai-nilai murni yang patut dipatuhi dan diamalkan didalam kehidupan seharian. Antaranya sentiasa berbuat baik kepada keluarga dan masyarakat sekeliling bagi mewujudkan suasana yang dalam keadaan yang aman dan harmoni. Disamping itu, jika agama islam ada perkara wajib yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian contohnya seperti solat 5 waktu, berpuasa, membayar zakat, mereka juga mempercayai perkara yang wajib dilakukan iaitu upacara sembahyang. Ianya akan dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang atau bergantung terhadap seseorang itu.
Dalam mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan ahli keluarga, seharusnya mewujudkan rasa kasih sayang, hormat-menghormati, saling bekerjasama dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang harus diterapkan. Sepertimana dalam keluarga Pn Anzy Tan sebagai kaum cina yang berasal dari luar bandar mereka juga menitik beratkan soal nilai-nilai murni yang harus diterapkan dalam keluarga mereka contohnya seperti, mereka adik beradik akan berbual dan bertanya kabar jika ada masa lapang dan sentiasa membantu jika salah seorang ahli keluarga memelukan pertolongan.
Corak kehidupan keluarga mereka tidaklah ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan kaum lain kerana setiap kaum juga mempunyai adab-adab bersama keluarga serta nilai-nilai murni yang diterapkan dalam keluarga mereka supaya tidak berlakunya sebarang pergaduhan yang serius.
Kesimpulannya, keadaan atau corak kehidupan Pn Anzy Tan sebagai cina luar bandar juga mengamalkan adab sopan santun serta nilai-nilai murni. Keadaan ini dapat dibuktikan kerana Pn Anzy Tan jika dilihat sangat sopan dan lemah lembut dalam menyusun kata-kata sewaktu kami menemuramah beliau.
Kekeluargaan
sources : Google
Corak kehidupan keluarga mereka tidaklah ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan kaum lain kerana setiap kaum juga mempunyai adab-adab bersama keluarga serta nilai-nilai murni yang diterapkan dalam keluarga mereka supaya tidak berlakunya sebarang pergaduhan yang serius.
Kesimpulannya, keadaan atau corak kehidupan Pn Anzy Tan sebagai cina luar bandar juga mengamalkan adab sopan santun serta nilai-nilai murni. Keadaan ini dapat dibuktikan kerana Pn Anzy Tan jika dilihat sangat sopan dan lemah lembut dalam menyusun kata-kata sewaktu kami menemuramah beliau.
Pemakanan
sources:google
Dari segi pemakanan, Pn Anzy Tan sangat menjaga apa yang beliau dan ahli keluarga makan. Walaupun agama Pn Anzy tidak melarang penganutnya untuk makan makanan yang bagi agama islam haram di makan seperti daging khinzir, beliau tidak pernah atau sesekali makan makanan yang tidak halal. Disebabkan persekitaran dan sekeliling kawasan Pn Anzy duduk ialah majoritinya melayu Islam, beliau turut terikut dengan cara dan budaya orang melayu. Pn Anzy juga cukup gemar memakan sambal belacan, budu dan makanan pedas.
Pn Anzy juga berkongsi cerita bahawa ibunya pakar dalam membuat kuih-kuih tradisional orang melayu, seperti bahulu, kuih kapit, dan sebagainya. Orang melayu sendiri yang membuat tempahan kuih daripada ibu beliau. Selain itu, jika Pn Anzy mengadakan jamuan makan, jiran-jirannya yang berbangsa melayu dan beragama Islam tidak akan was-was untuk makan kerana mereka sangat percaya dan tahu bahawa Pn Anzy tidak pernah masak makanan yang tidak halal. Perkakas yang digunakan oleh Pn.Anzy Tan juga adalah bersih dan suci dari najis "babi" kerana beliau sangat2 prihatin dan rasa berdosa jika beliau menghidangkan makanan yang tidak "bersih".
Kesimpulannya, kehidupan dan pemakanan Pn Anzy Tan sama seperti orang melayu yang tidak makan makanan yang tidak halal.
Pemakaian
sources:google
Dari segi pemakaian pula, keluarga Pn Anzy hanya berpakaian seperti orang melayu kampung. Sewaktu di rumah, beliau hanya memakai kain batik dan baju biasa sahaja. Manakala sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, keluarga Pn Anzy tidak memakai "cheong sam" kerana pada waktu dulu ianya sangat mahal dan tidak mampu untuk membeli. Ibunya akan menjahit baju seperti "dress" untuk di pakai sewaktu perayaan. Selain itu, ibunya juga pakar dalam menjahit kebaya dan baju kurung kedah. Pn Anzy sendiri memakai baju kurung kedah yang dibuat oleh ibunya . Sehingga sekarang Pn Anzy pergi mengajar di sekolah dengan mengenakan baju kurung kedah atau baju kurung biasa. Beliau sangat sopan dan manis orangnya. Secara kesimpulannya, kehidupan Pn Anzy Tan sebagai seorang cina luar bandar tidak banyak beza dari kehidupan orang melayu.
Upacara Perkahwinan
sources:google
Sebelum berlangsungnya perkahwinan, adat orang cina luar bandar sama juga seperti orang melayu. Mereka memulakan hubungan dengan merisik, pertunangan dan kemudian menikah. Sewaktu merisik, ianya adalah proses untuk mengenal pasangan. Sewaktu bertunang pula,akan adanya perbincangan untuk melangsungkan perkahwinan dan kedua dua pasangan akan bertukar hantaran dan cincin. Pada waktu dulu, hantaran daripada pihak lelaki ke pihak perempuan adalah seperti kain batik, manisan, kuih muih dan sebagainya. Berbeza pada zaman sekarang yang hantarannya sangat mewah.
Sewaktu majlis perkahwinan pula, pihak perempuan akan sediakan 2 ekor ayam dalam sangkar dan akan buka sangkar, jika ayam jantan yang keluar terlebih dahulu daripada sangkar, maka pasangan ini akan mendapat anak lelaki dan sebaliknya. Selain itu, mereka juga ada acara minum teh yang dimana orang tua akan minum terlebih dahulu sampai la ke pegantin.
Hidangan pada hari perkahwinan pula adalah seperti nasi putih, dalca, kari ayam atau kari daging, ulam-ulaman dan sebagainya sama seperti hidangan orang melayu. Apabila sudah kahwin, adat orang cina ini ialah pengantin perempuan akan bangun awal pagi dan sediakan air suam untuk ibu mertua mandi.
Apabila pasangan yang berkahwin dikurniakan zuriat, seperti orang melayu juga, mereka akan mengadakan majlis cukur rambut bayi, ketika itu bayi tersebut akan diperkenalkan kepada sanak saudara dan bayi mesti memakai pakaian baru, Selain itu, ketika majlis cukur rambut bayi ini, mereka akan merebus telur di dalam pewarna merah dan telur rebus bewarna merah ini akan digolekkan di kepala bayi yang telah dicukur. Mereka percaya bahawa ianya akan membawa tuah kepada bayi tersebut.
Kematian
Tentang kematian, menurut Puan Anzy, masyarakat cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat cina berkaitan dengan kematian:
- Semasa kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan, mayat tersebut dipakaikan wangian dan disolek. Ianya bertujuan untuk mengahrumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik, kemas dan bersih. Pakaian tersebut merupakan pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan si mati. Oleh itu, telah menjadi kewajipan masyarakat cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati juga dipakaiakan alat perhiasan yang lain terutamanya wanita. Kemudian, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Menurut Puan Anzy, bagi yang kaya, kerana tersebut diukir serta bersalutkan dengan logam. Ini adalah menunjukkan kedudukan status si mati semasa hidupnya.
- Penghormatan terakhir kepada si mati
Apabila berlakunya kematian, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai di kehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan tersebut perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa dan tangisan untuk mengungkit keburukan si mati adalah di larang sama sekali. Jika berlaku, si mati tidak akan tenteram dan akan terseksa. Soal hutang kepada si mati, masyarakat cina yang menglupuskan hutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Sebelum tanam si mati, mayat tersebut perlulah disimpan selama 1,3,5 atau 7. Lagi lama simpan mayat tersebut, iannya menunjukkan kemampuan keluarga si mati kerana selama mayat di simpan dirumah, tetamu yang hadir untuk melawat si mati perlulah dijamah makanan oleh keluarga si mati.
- Perkuburan
Menurut Puan Anzy, untuk menentukan tanah perkuburan adalah mengikut kedudukan jirat tersebut. Jika kedudukan jirat atau tanah kubur tersebut berada di atas bukit, ianya menunjukkan status si mati. dan haruslan berhampiran dengan jalanraya untuk memudahkan si mati pulang ke rumah. Peruntukan untuk menguruskan si mati lebih kurang dalam lingkungan RM 2000- RM 36000. Sekiranya si mati dari gologan berada, ukiran keranda lebih halus dan menarik berbanding gologan biasa. Namun, pada zaman sekarang, mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah kubur.
- Penghormatan terakhir
Semasa mengiringi mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Ada juga memainkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai pakaian baju berwarna hitam kosong. Pakaian adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi dan juga memakai baju jejaring iyang diperbuat daripada sabut. Ketika mayat diusung dengan lori khas, beberapa kertas berwarna kuning akan dicampakkan disepanjang perjalanan. Ini adalah kepercayaan masyarakat cina untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
- Semasa pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan ukuran lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Keluarga si mati akan memasukkan juga segala jenis harta si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika didunia dan diketahui oleh orang lain.
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai selama 49 hari. Setelah itu barulah boleh keluarga si mati memakai pakaian warna lain.. Selepas selesai kesemuanya, mereka akan bakar kertas
sembahyang 24 jam tanpa henti. Hal ini bertujuan untuk mendoakan si mati.
Nilai Kemasyarakatan
Menurut apa yang diceritakan oleh Puan Anzy, nilai yang yang dicerminkan di kampung mereka adalan masyarakat yang bermuafakat. Apa sahaja yang dilakukan pasti melalui kesepakatan seluruh penduduk kampung. Nilai ini dapat ditunjukkan bila mana mereka bergotong-royong membersihkan kawasan kampung pada setiap hujung minggu. Selain itu, mereka juga mengamalkan nilai masyarakat yang ikhlas dan prihatin. Keluarga Puan Anzy akan menggunakan periuk yang berlainan sekiranya ingin menyediakan juadah untuk kaum Melayu. Mereka prihatin terhadap sensitiviti org Islam.
Pandangan Terhadap Orang Islam
Pn. Anzy mengatakan bahawa beliau tidak memandang enteng terhadap orang islam, malah beliau mengagumi dan menghormati kepercayaan umat islam. Hal ini kerana, beliau sendiri pernah merasai pengalaman berpuasa selama 2 hari. Beliau tidak berasa lapar sepanjang berpuasa. Hal ini menolok segala perspektif negatif bahawa puasa itu tidak memudaratkan kesihatan. Daripada pengalaman beliau berpuasa, sedikit sebanyak mngingatkan beliau kepada orang yang hidup dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment