Friday, 2 October 2015

Part 1 (1st Meeting)



Perbincangan bersama ahli kumpulan.
Sebelum kami menentukan siapa dan dimana untuk di "interview" , kami mendapatkan semua pandangan dari ahli kumpulan. Pada perjumpaan pertama ini, kami telah membuat keputusan untuk menemu ramah seorang guru berbangsa cina yang berasal dari kedah. Guru tersebut merupakan bekas tenaga pelajar salah seorang ahli kumpulan kami iaitu si cantik manis yang bernama Amira Afiqah.

kami juga telah membahagikan tugas masing-masing iaitu tentang budaya material kepada aylma dan fatin hazirah, marina, izah manakala budaya non-material pula kepada aida, fatin nabilah dan ungku fatin nabilah dan amira afiqah.

 Perjumpaan ini bukan setakat disini sahaja, ianya berlanjutan hingga ke laman sosial yang dikenali sebagai aplikasi "WhatsApp". Di dalam aplikasi tersebut, kami juga telah membuat "group" yang disertai oleh semua ahli kumpulan ianya juga membolehkan kami berbincang tentang hal-hal kerja tanpa mengadakan perjumpaan secara berdepan kerana memandangkan ahli kumpulan kami berasal dari kawasan tempat tinggal yang berasingan.